e.SAYEMBARA
|
satu lagi projek esastera.com
MENANGI RM 1Ribu Sayembara
1Melayu
|
|||||
|
1.0 PENGENALAN "Sayembara 50 Melayu Terbilang" yang dianjurkan terdahulu (Tarikh tutup 31 Oktober 2007) sebagai salah satu komponen "Sayembara 50 Tahun Kemerdekaan" telah mendapat sambutan yang agak baik. 10 penyertaan telah diterima. Keputusan telah diumumkan dan hadiah telah disampaikan kepada pemenang yang layak dalam majlis Hescom 2007 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 13.12.2007. 10 Karya yang tersebut telah diterbitkan dalam buku Seiring Tak Sejalan (Esastera Enterprise, 2007). Pada tahun 2008, eSastera telah mengadakan pula "Sayembara 50 Melayu Terbilang (ii). Sebanyak 12 penyertaan telah diterima. Untuk meneruskan tradisi mencari orang Melayu yang menjadi ikon kepada generasi siber masa kini, maka untuk tahun 2009 ini, kami teruskan sayembara ini dengan nama yang lebih kontemporari, iaitu "Sayembara 1Melayu". 2.0 SYARAT PERTANDINGAN 2.1 Di bawah ini kami senaraikan 50 orang tokoh
Melayu sepanjang zaman. Anda diminta memilih SATU daripada tokoh
dalam senarai itu, dan sediakan sebuah tulisan tentangnya. Anda
juga dibenarkan memilih tokoh-tokoh lain yang
tersenarai atau tokoh yang tidak tersenarai
di sini, asalkan sesuai. Walau bagaimanapun, anda TIDAK
dibenarkan menulis tentang 22 orang Melayu yang telahpun ditangani untuk
dua sayembara sebelum ini, iaitu: 2.2 Tulisan anda hendaklah mengandungi tiga bahagian berdasarkan format yang berikut: (a) Biodata tokoh. (b) Sumbangan istimewa tokoh itu terhadap kemajuan bangsa Melayu, iaitu sumbangan menonjol (dalam bidangnya) yang telah membawa ke arah pembentukan jati diri dan kemajuan bangsa Melayu, sesuai dengan tuntutan zamannya. (c) Alasan/kriteria dalam memilih tokoh itu sebagai seorang Melayu terbilang. 2.3 Tulisan hendaklah di sekitar 1,000 patah perkataan. 2.4 Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki tetapi setiap penyertaan hendaklah tentang tokoh yang berlainan. 3.0 PEMILIHAN PEMENANG 3.1 Pemenang akan ditentukan berasaskan (a) ketepatan/kerincian fakta, (b) penulisan yang menarik, dan (c) argumen yang kukuh. 4.0 HADIAH 4.1 Pemenang-pemenang akan menrima hadiah yang berikut: Pertama: RM1000 4.2 Hanya mereka yang hadir di majlis Hescom 2009 layak menerima hadiah yang dimenanginya.
5.0 HAK CIPTA Hak cipta tulisan adalah milik peserta. Walau bagaimanapun, penganjur sayembara ini (Esastera Enterprise) berhak menerbitkan tulisan itu dalam sebuah buku berjudul 1Melayu (dengan apa-apa olahan yang perlu) atau dalam sebarang bentuk lain. 6.0 PENYERTAAN Penyertaan terbuka kepada semua warga dunia dengan
syarat ditulis dalam bahasa Melayu.
------------------SENARAI TOKOH------------------------------- -Tokoh hendaklah merupakan individu yang pasti kewujudannya. -Untuk karya terbilang, calonkan penulis atau penulis utamanya. -Untuk pertubuhan/institusi, calonkan pengasas atau pemimpinnya yang paling menonjol. -Untuk individu yang bekerja secara berkumpulan, calonkan yang paling menonjol antara mereka.
(A) 50 TOKOH CADANGAN
PEMERINTAHAN PRAPENJAJAHAN 1. Parameswara. 2. Hang Tuah (jika diyakini wujud). 3. Hang Jebat (jika diyakini wujud). PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH 4. Tok Kenali. 5. Mat Kilau. 6. Sultan Mahmud (Melaka). 7. Datuk Maharajalela. PENENTANG PENGGANAS KOMUNIS 10. Leftenan Adnan Saidi KESULTANAN MALAYA/MALAYSIA MODEN 11. Sultan Abu Bakar (Johor). 12. Sultan Azlan Muhibuddin Shah POLITIK MALAYA/MALAYSIA MODEN 13 Tunku Abdul Rahman. 14. Tun Abdul Razak. 16. Abdullah Haji Ahmad Badawi. 17. Anwar Ibrahim. 18. Nik Abd Aziz Nik Mat. 19. Dr. Ismail Abd Rahman. 20. Fadhil Noor. SENI, BUDAYA, DAN KESUSASTERAAN 21. A. Samad Said. 22. Shahnon Ahmad. 23. Mawi. 24. P. Ramlee. 25. Abdul Rahim Kajai. 26. Hamzah Dolmat. 27. Maria Minado. 28. Kasma Booty. 29. Abdullah Munsyi. 30. Sudirman Haji Arshad. SASTERA SIBER 31. Anbakri . 32. Nimoiz T.Y. BAHASA 33. Syed Nasser Syed Ismail. 34. Asmah Haji Omar. 35. Nik Safiah Karim. 36. Tun Sri Lanang. 37. Teuku Iskandar (Kamus Dewan). 38. Abdullah Munsyi. SAINS DAN TEKNOLOGI 39. Dr. Tengku Mohd Azzman Sharifadeen (MIMOS). 40. Dr. Abdul Latiff (UPM). 41. Dr. Mazlan Othman. PENDIDIKAN 42. Ainuddin Abd Wahid. 43. Ungku Abdul Aziz. 44. Zainal Abidin Abd Wahid. 45. Aminuddin Baki. 46. Dr. Burhanuddin Helmi. SUKAN 47. Misbun Sidek. 48. Malik Noor PENGURUSAN 49. Ahmad Nordin. 50. Dr. Hadenan. (B) TOKOH-TOKOH LAIN 51. Abd. Rahman Yaacob. 52. Datu Mustapha Datu Harun. 53. Ghaffar Baba. 54. Tun Perak. 55. Hj Taib Mahmud. 56. Khir Johari. 57. Affrini Adham. 58. Musa Hitam. 59. S. Othman Kelantan. 60. Tengku Razaleigh Hamzah. 61. Onn Jaafar. 62. Mohd. Yusof Ishak. 63. Aishah Ghani. 64. Razali Ismail. 65. Syed Mokhtar al-Bukhary. 66. Zetty Akhtar Aziz. 67. Basir Ismail. 68. Ahmad Sarji Abdul Hamid. 69. Hj. Mohd. Sidek Abdullah Kamar. 70. Mohamed Suffian Hashim. 71. Pak Sako (Ishak Hj. Mohammad). 72. Mohd Hassan Marican. 73. Ismail Mohd Salleh. 74. Noordin Sopiee. 75. Azman Hashim. 76. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. 77. Awang Had Salleh. 78. Mohd. Nor Khalid (Lat). 79. S.M. Nasimuddin S.M. Amin. 80. Ahmad Nawab. 81. Sharifah Mazlina Syed Abd. Kadir. 82. Ahmad Boestamam. 3. Said Zahari (C) TOKOH-TOKOH PILIHAN/CADANGAN PESERTA SENDIRI 84. ... |
|||||
|
Notis dikeluarkan pada 20 Jun 2009 oleh:
Esastera Enterprise (No. 001470857-K) 96 Jalan 7/71B, |
|||||
| ARKIB: SAYEMBARA MELAYU TERBILANG 2007 SAYEMBARA MELAYU TERBILANG 2008 |