Terma dan Syarat Penggunaan e-Sastera.com

 

1. HAK PENGGUNAAN

Pemberian perkhidmatan ini dilakukan atas dasar setuju-mempersetujui secara seadanya.  Pihak pemberi perkhidmatan ini tidak menjamin dan tidak bertanggungjawab atas segala kerugian, kerosakan, atau kecederaan ketika menggunakan perkhidmatan ini.  Segala risiko yang dihadapi semasa menggunakan perkhidmatan ini adalah tanggungjawab pengguna sendiri.  Kami juga tidak bertanggunjawab sekiranya berlaku kerugian berpunca daripada kerosakan sistem atau kehilangan data-data pihak pengguna.  Kami sentiasa memberikan perhatian terhadap keselamatan sistem kami bagi melindungi kepentingan ahli. Anda mestilah memahami dan menerima syarat-syarat ini sebelum menyertai laman web kami. 

2. HAK PENGGUNAAN KANDUNGAN

E-sastera.com tidak bertanggungjawab atas segala kandungan yang terdapat di dalam karya pengguna. Setiap isi kandungan karya ialah hak pengguna itu sendiri dan pengguna mesti bertanggungjawab atas apa yang ditulis, dipapar, dan diterbitnya. Tindakan akan diambil mengikut lunas-lunas perundangan yang termaktub dalam sistem kehakiman Malaysia, jika pengguna memasarkan, menjual, memapar, mempromosi, dan megaku terhadap produk-produk yang dilindungi oleh akta hak cipta, patent, tanda perniagaan (trademark), atau rahsia perniagaan.   Esastera.com tidak akan bertanggungjawab atas  penggunaan nama domain kami terhadap kesalahan-kesalahan tersebut dan tidak terbabit dengan aktiviti-aktiviti tersebut.

3. HAD PENGGUNAAN

Anda tidak dibenarkan untuk mengaitkan e-Sastera.com dan segala perkhidmatannya dengan mana-mana laman web yang berunsur LUCAH, PERJUDIAN, PERKAUMAN, WAREZ, CRACK, dan SCAM.  Hal ini termasuklah memberi pautan pada perkhidmatan tersebut secara sengaja atau tidak sengaja. Segala paparan gambar, artikel, teks, atau kata-kata merangsang yang cuba mempromosi laman-laman tersebut juga dilarang.

Kami tidak membenarkan sebarang ahli e-Sastera.com menggunakan perkhidmatan ini untuk tujuan menyimpan bahan-bahan lucah seperti: gambar lucah, novel dewasa, boneka lucah (adult toys),  bahan XXX, Gorean, bondage, BDSM, segala yang salah dari segi undang-undang, bigotry, perkauman, kebencian, profanity, penipuan email, skim piramid, atau segala bahan yang menghina individu, organisasi , atau syarikat, atau ekploitasi kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun).  Dilarang juga spam, gangguan, ugutan, atau kegiatan-kegiatan lain yang menyalahi undang-undang.

Semua bahan-bahan  dari Ahli-ahli e-Sastera.com mestilah tidak mengandungi perkara-perkara yang tersebut di atas dan setiap bahan hendaklah bersesuaian dengan hukum agama Islam,  adat kesopanan Timur, dan sesuai untuk tatapan umum bagi semua lapisan masyarakat.

MEREKA YANG DIDAPATI MELANGGAR SYARAT-SYARAT TERSEBUT AKAN DIAMBIL TINDAKAN TEGAS MENGIKUT PERATURAN YANG SEDIA ADA DAN KEAHLIAN MEREKA AKAN DIPADAMKAN/DIGANTUNG DENGAN SEGERA TANPA DIBERITAHU.

4. PEMBATALAN KEAHLIAN

E-Sastera.com berhak meminda segala peraturan yang didapati sesuai dari semasa ke semasa.  Setiap kesalahan yang dilakukan akan dipadamkan daripada pengkalan data dengan seberapa segera yang mungkin tanpa diberitahu.  Bukti segala kesalahan akan disimpan untuk pendakwaan dan tindakan selanjutnya, apabila perlu.
 

JIKA ANDA MENDAPATI ADA BERLAKU PELANGGARAN PERJANJIAN OLEH MANA-MANA AHLI, SILA BUAT ADUAN KEPADA E-MEL esastera@gmail.com.

 Kami berharap anda mengikuti setiap syarat yang termaktub dalam laman web ini dan nikmatilah perkhidmatan ini!!

----------------------------

Dikeluarkan oleh: E-sastera.com pada 17.05.2008.