SAYEMBARA MENULIS SAJAK "KERBAU"

Pendahuluan
Sempena Jubli
emas pemerintahan Tuanku Sultan Kedah, Tahun Melawat Kedah, dan Acara Tahunan
Pesta Menuai Kedah,
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) dan eSastera.com
akan menganjurkan pertandingan (sayembara) menulis sajak bertemakan
'TERNAKAN
KERBAU DALAM TRADISI MELAYU'.
Hadiah
untuk pemenang adalah seperti yang berikut:
RM1,000.00 (pertama), RM200.00 (kedua),
dan RM100.00 (ketiga).
Pengadilan:
Hakim akan
disediakan oleh ASASI dan eSastera.com
Syarat-syarat peraduan:
Semua penulis adalah dipelawa menyertai peraduan ini berasaskan syarat-syarat yang berikut:
- Tema: Ternakan kerbau dalam tradisi Melayu.
-
Terbuka kepada seluruh warga dunia
-
Karya sajak yang ditulis dalam
bahasa Melayu sahaja akan diterima
- Tidak terikat dengan syarat peserta bertaraf 3 bintang keahlian eSastera.
-
Penghantaran karya hanya akan diterima melalui muat
naik ke folder
"Sayembara Sajak Kerbau" di
Komuniti Penyair, e-Sastera.com
-
Penulis tidak terikat dengan jumlah karya yang hendak dihantar,
namun
hadiah hanya
diberikan kepada sebuah karya yang terbaik.
-
Penulis
adalah diminta mengirimkan biodata dan pengakuan
pengesahan keaslian karya.
- Karya tidak boleh dihantar ke mana-mana penerbitan dalam tempoh sayembara.
-
Tempoh sayembara ialah 17.5.2008
hingga 31.10.2008.
-
Keputusan pengadil adalah muktamat
-
Penulis digalakan menggunakan unsur multimedia
dalam karya
tetapi hendaklah mencatatkan sumber unsur-unsur multimedia yang digunakan seperti
gambar dan muzik.
-
Penulis tidak terikat dengan panjang
pendek sajak yang dikirimkan
-
Majlis penyampaian hadiah akan diumumkan kemudian.
Notis ini
d