![]() Berkenalan Dengan eSastera.com |
| 1.0 Apa itu laman web? Sebuah laman web ialah sebuah kawasan di alam siber (atau internet) yang mempunyai alamat tertentu (dinamai URL) berbentuk http://www.nama-domain.com. [Ungkapan ekoran .com (disebut "dot com") boleh mengambil pelbagai bentuk lain, misalnya .net, .org, .biz, .ws, .com.my, .my]. Contoh nama domain yang boleh diterima ialah saya.net. Nama domain itu menghasilkan URL http://www.saya.net. |
2.0 Apa itu eSastera.com eSastera.com ialah sebuah laman web yang direka bentuk dan dikendalikan untuk bertindak sebagai majalah sastera elektronik (e-majalah sastera). Laman ini direka bentuk untuk membolehkan pelayar menyiarkan sendiri karya masing-masing secara bebas. eSastera.com dapat diakses di internet dengan menggunakan alamat (URL) http://www.eSastera.com. eSastera.com juga dapat diakses melalui beberapa nama domain lain, iaitu e-sastera.com, e-sastera.net, cybersastera.com, dan cybersastera.net. |
| 3.0 Apakah kandungan eSastera.com eSastera mempunyai sebuah Laman Entri yang diakses melalui URL http://www.eSastera.com. Di laman entri ini, terdapat: (a) link (pautan internet) yang membawa pelayar ke ke laman log-in untuk masuk ke "laman-laman berkarya" (yang dinamai Komuniti); dan (b) ikon yang boleh diklik untuk pelayar melawat ke pelbagai "laman maklumat" (yang dinamai Halaman) yang disediakan oleh pemilik eSastera.com. eSastera.com mempunyai 29 tapak berkarya (atau Komuniti). Setiap komuniti ialah suatu subtapak web dengan alamat berbentuk www.eSastera.com/genre. Misalnya, sublaman yang menangani sajak mempunyai alamat www.eSastera.com/penyair dan sublaman yang menangani cerpen dinamai www.eSastera.com/cerpenis. Genre sastera Melayu yang mempunyai komuniti (atau subtapak) sendiri ialah sajak, sajak jenaka, cerpen, novel, madah, pantun, dan lain-lain. Komuniti untuk sastera asing ialah Haiku dan Tanka (Jepun) dan Soneta (Barat). Ada dua komuniti nonsastera, iaitu "DUNIkini K.I.T.A." (unrtuk berita nonsastera) dan "Fotografi, Lukisan, Dan Kartun" (untuk karya seni visual). |
| 4.0 Apa yang ada dalam setiap komuniti eSastera.com? Setiap komuniti atau subtapak eSastera.com mempunyai struktur yang sama. Laman depan (muka surat pertama atau "home") bagi setiap komuniti terbahagi kepada tiga lajur: lajur kiri, lajur tengah, dan lajur kanan. Lajur kiri mengandungi ikon-ikon arahan utama untuk pergerakan daripada laman depan komuniti yang berkenaan ke laman-laman lain dalam komuniti itu. Lajur tengah mengandungi tujuh sel: sel paling atas (Karya Pilihan) ditentukan oleh Administrator kandungannya dan sel paling bawah (Log-in terkini) dikemaskinikan oleh sistem untuk memaparkan nama pengguna bagi sepuluh orang pelayar terkini yang memasuki komuniti itu. Sel kedua, ketiga, dan keempat adalah untuk ahli-ahli menyiarkan karya masing-masing. Sel kelima dikhaskan untuk perbincangan berbentuk forum. Sel keenam pula adalah untuk ahli-ahli memuatnaikkan gambar. Lajur kanan terbahagi kepada tiga sel: dua sel teratas (Maklumat Terkini dan Promosi) ialah ruangan untuk kegunaan Administrator komuniti itu sementara sel terakhir ialah sebuah "Papan Nota" untuk interaksi ringkas dan tak formal antara para pelayar. |
| 5.0 Apa itu karya siber? Karya siber (atau e-karya) ialah karya yang disiarkan di internet. Pada amnya, e-karya berbeza dengan karya konvensional kerana mengandungi ciri-ciri multimedia siber. Misalnya, sebuah puisi siber harus mampu menyampaikan luahan emosi melalui teks dengan dibantu oleh unsur-unsur audio dan visual serta bersifat interaktif (responsif kepada stimulasi pembaca). Karya juga boleh diberi komen yang segera oleh pembaca. Maka e-karya tidak semata-mata "ditulis" sebaliknya "dikomposisi" dengan menggabungkan teks, grafik, lagu, suara, dll. ![]() eSastera.com menggalakkan penyiaran karya yang mempunyai sebanyak mungkin ciri siber yang tersebut. Karya yang disiarkan di internet dalam bentuk konvensional (teks hitam pada latar putih semata-mata) dinamai karya siber primitif. |
| 6.0 Bagaimana hendak menyiarkan karya di eSastera.com? Untuk menyiarkan karya di eSastera.com, anda hendaklah terlebih dahulu mendaftarkan diri sebagai ahli. Pendaftaran adalah secara on-line (pada talian) dan percuma. Setelah terdaftar sebagai ahli, anda akan dapat masuk ke mana-mana komuniti untuk berkarya atau membaca karya yang disiarkan oleh orang lain. Anda diberi kebebasan menyiarkan karya tetapi dikehendaki melakukan penilaian sendiri supaya tidak menyiarkan karya yang rendah mutunya. Karya lucah atau sensitif akan dipadamkan oleh Administrator dan penulisnya mungkin dihalang daripada masuk lagi ke eSastera.com. |
7.0 Untuk siapa eSastera.com diterbitkan? eSastera.com diterbitkan untuk mereka yang ingin "bersastera" secara serius, sama ada sebagai pembaca sahaja mahupun sebagai penulis. Maka ahli-ahli eSastera.com dikehendaki menyiarkan biodata lengkap sebelum boleh mengambil bahagian dalam mana-mana sayembara yang dikendalikan oleh eSastera.com atau sebelum boleh dipertimbangkan untuk mana-mana anugerah tahunan dalam Hadiah eSastera.com (HesCom). |
| 8.0 Apakah yang membezakan eSastera.com dengan penerbitan
konvensional? Perbezaan utama antara eSastera.com dengan majalah sastera konvensional ialah sifat interaktifnya. Ahli-ahli dapat berkomunikasi dan bertukar-tukar fikiran tentang karya masing-masing secara 24/7 (pada bila-bila masa, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu), walau di mana sekalipun mereka berada di muka bumi ini (malah di dasar laut dan di angkasa pun boleh, asalkan ada sambungan internet!). |
| 9.0 Natijahnya? Sertailah eSastera.com secara serius dan tekal. Ingat: Masa depan sastera anda berada di eSastera.com! |
| WAB/2010. |
| PERHATIAN:
Butir-butir lanjut tentang eSastera
dapat diakses di http://www.rumah.ws/eSastera/tentang. Dokumen ini telah dikemaskinikan pada: 22.2.2011 3:05AM). |