JADI PENGEDAR eSASTERA ENTERPRISE
sistem Pemasaran Dua Aras (2LM)*

SYARAT-SYARAT
|
1.1 Esastera Enterprise akan melantik pengedar Aras 1 (A1). Pengedar A1 promosikan buku-buku kami. Apabila menerima pesanan, Pengedar beritahu kami. Kami akan hantarkan buku-buku itu kepada Pengedar atau terus kepada pemesan. Pesanan yang perlu dihantar melalui pos akan dikenakan kos pos. Jika bayaran dibuat oleh pembeli terus kepada kami, Pengedar akan menerima daripada kami bayaran peratusan yang diperuntukan kepada pengedar. Jika pembeli membayar kepada Pengedar, kami akan hantar buku-buku itu setelah menerima bayaran dari Pengedar (dengan harga berdiskaun). 1.2 Sila hantar butir-butir diri anda kepada kami untuk kami mengeluarkan surat pelantikan kepada anda sebagai Pengedar. Jika anda mengedar melalui syarikat milik anda, sila berikan butir-butir syarikat itu. 1.3 Pengedar A1 digalakkan untuk membeli daripada kami Pakej Pengedaran berharga RM25.00 yang mengandungi maklumat produk dan buku-buku contoh (bernilai RM40.00) untuk ditunjukkan kepada bakal pembeli. 1.4 Kami hanya membayar komisen kepada mereka yang telah kami lantik secara rasmi sebagai Pengedar kami. 1.5 Pengedar boleh menyimpan stok buku-buku yang hendak diedar dengan membelinya dari eSastera Enterprise berasaskan harga berdiskaun yang telah ditetapkan.
ARAS 2 DAN KE BAWAH 2.1 (a) Pengedar A1 boleh melantik seorang atau beberapa orang (tanpa had) wakilnya sebagai Pengedar Aras 2 (A2). Pengedar A2 boleh melantik Pengedar Aras 3 (A3). Begitulah seterusnya. (b) Pengedar yang membuat pelantikan dinamai pengedar mentor dan pengedar yang dilantiknya dinamai pengedar mentee. 2.2 Sebelum diiktiraf sebagi Pengedar sah oleh Esastera Enterprise, Pengedar Aras 2 dan ke bawah dikehendaki membeli daripada kami Pakej Pengedaran berharga RM25.00 yang mengandungi maklumat produk dan buku-buku contoh (bernilai RM40.00) untuk ditunjukkan kepada bakal pembeli. 2.3 Pengedar A2 dan ke bawah akan mempromosikan buku-buku kami. Apabila menerima pesanan, Pengedar beritahu kami. Kami akan hantarkan buku-buku itu kepada Pengedar atau terus kepada pemesan. Pesanan yang perlu dihantar melalui pos akan dikenakan kos pos. Jika bayaran dibuat oleh pembeli terus kepada kami, Pengedar dan Pengedar mentornya akan menerima daripada kami bayaran peratusan yang diperuntukan kepada pengedar. Jika pembeli membayar kepada Pengedar, kami akan hantar buku-buku itu setelah menerima bayaran dari Pengedar (dengan harga berdiskaun). 2.3 Kami hanya membayar komisen kepada mereka yang telah dilantik secara rasmi sebagai Pengedar. 2.4 1.5 Semua Pengedar boleh menyimpan stok buku-buku yang hendak diedar dengan membelinya dari eSastera Enterprise berasaskan harga berdiskaun yang telah ditetapkan.
KOMISEN UNTUK PENGEDAR 3.1
Untuk buku-buku terbitan eSastera Enterprise dan
kAPAS Publication, kami membayar komisen
30-40% kepada semua Pengedar, tidak
mengira aras mana. (Peratusan sebenar
bergantung kepada judul buku yang
dipesan). 3.2 Untuk buku-buku terbitan penerbit lain, kami membayar komisen 15-20% kepada semua Pengedar, tidak kira aras mana. (Peratusan sebenar bergantung kepada siapa penerbit buku itu). 3.3 Pengedar (mana-mana aras) juga akan dibayar komisen apabila Pengedar Mentee yang dilantiknya (iaitu pengedar yang berada satu aras di bawahnya) berjaya menjual mana-mana buku. Komisen itu ialah 5% untuk buku-buku terbitan eSastera Enterprise dan kAPAS Publication, dan 2% untuk buku-buku terbitan syarikat lain. 3.4 Untuk jualan Pakej Penjualan, Pengedar akan menerima 20% daripada harga yang dibayar oleh Pengedar Mentee yang dilantiknya. *Sistem Pemasaran Dua Aras atau Two-Level Marketing (2LM) yang digunakan ini ialah sistem pengedaran biasa dan tidak ada kena-mengena dengan sistem MLM yang sedang diamalkan oleh beberapa perniagaan lain pada masa ini.
Dikemaskini pada: 19.06.2006 |
| LAMPIRAN
1. Contoh surat
permohonan untuk menjadi Pengedar Aras 1. (KLIK
DI SINI) |
|
Sila hubungi : Pengurus Pemasaran e-mel: esastera@esastera.com
|