|
satu lagi projek esastera.com
MENANGI RM1550.00
1.0 PENGENALAN
"Sayembara 50 Melayu Terpilih" yang dianjurkan terdahulu (Tarikh tutup 31 Julai 2007) sebagai salah satu komponen "Sayembara 50 Tahun Kemerdekaan" telah tidak mendapat sambutan. Bilangan penyertaan yang kami terima adalah teramat sedikit, itupun tidak mematuhi syarat yang ditetapkan. Dengan ini, sayembara tersebut kami tutup dan gantikan dengan "Sayembara 50 Melayu Terbilang" yang butir-butirnya disenaraikan di bawah.
2.0 SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Di bawah ini kami senaraikan 50 orang tokoh Melayu sepanjang zaman. Anda diminta memilih SATU daripada tokoh dalam senarai itu, dan sediakan sebuah tulisan tentangnya. Anda juga dibenarkan memilih tokoh-tokoh lain yang tersenarai atau tokoh yang tidak tersenarai di sini, asalkan sesuai.
2.2 Tulisan anda hendaklah mengandungi tiga bahagian berdasarkan format yang berikut:
(a) Biodata tokoh. (b) Sumbangan istimewa tokoh itu terhadap kemajuan bangsa Melayu.* (c) Alasan/kriteria dalam memilih tokoh itu sebagai seorang Melayu terbilang.
2.3 Tulisan hendaklah di sekitar 1,000 patah perkataan.
2.4 Peserta tidak dibenarkan untuk memilih tokoh yang sudah ditangani terlebih dahulu oleh peserta lain. Untuk kepastian, sila "tempah" mana-mana tokoh yang anda kehendaki dengan syarat tempahan itu hanya sah untuk 10 hari sahaja. Selepas tempoh tersebut, tokoh itu boleh "dilepaskan" kepada peserta lain (jika penyertaan tidak kami terima). Tempahan boleh dibuat dengan menghantar emel kepada sayembara50@gmail.com.
2.5 Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki tetapi setiap penyertaan hendaklah tentang tokoh yang berlainan.
3.0 PEMILIHAN PEMENANG
3.1 Pemenang akan ditentukan berasaskan (a) ketepatan/kerincian fakta, (b) penulisan yang menarik, dan (c) argumen yang kukuh.
4.0 HADIAH
Pertama: RM1000 Ke-2: RM300 Ke-3: RM200 Ke-4: RM50
5.0 HAK CIPTA
Hak cipta tulisan adalah milik peserta. Walau bagaimanapun, penganjur sayembara ini (Esastera Enterprise) berhak menerbitkan tulisan itu dalam sebuah buku berjudul 50 Melayu Terbilang (dengan apa-apa olahan yang perlu) atau dalam sebarang bentuk lain.
6.0 PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada semua warga dunia dengan syarat ditulis dalam bahasa Melayu.
E-melkan tulisan anda kepada: sayembara50@gmail.com
Tarikh akhir tulisan diterima: 31 Oktober 2007.
Sertakan juga: (a) Nama, (b) Alamat surat-menyurat, dan (c) Nombor telefon mobil.
------------------SENARAI TOKOH-------------------------------
-Tokoh hendaklah merupakan individu yang pasti kewujudannya. -Untuk karya, calonkan penulis atau penulis utamanya. -Untuk pertubuhan/institusi, calonkan pengasas atau pemimpinnya yang paling menonjol. -Untuk individu yang bekerja secara berkumpulan, calonkan yang paling menonjol antara mereka.
*KRITERIA PEMILIHAN: Memberi sumbangan menonjol (dalam bidangnya) yang telah membawa ke arah pembentukan jati diri dan kemajuan bangsa Melayu di Malaysia, sesuai dengan tuntutan zamannya.
NAMA-NAMA TOKOH:
(Nama peserta yang menempah tokoh akan dinyatakan di sini dalam warna merah)
(A) 50 TOKOH CADANGAN
PEMERINTAHAN PRAPENJAJAHAN 1. Parameswara 2. Hang Tuah (jika diyakini wujud) 3. Hang Jebat (jika diyakini wujud)
PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH 5. Tok Kenali (Salman Sulaiman, 6.9.07) 6. Mat Kilau 7. Sultan Mahmud (Melaka) 8. Datuk Maharajalela 9. Datuk Bahaman 10. Tok Janggut (Wan Zakaria Wan Busu, 11.9.07)
PENENTANG PENGGANAS KOMUNIS 11. Leftenan Adnan Saidi (Ode, 5.9.07)
KESULTANAN MALAYA/MALAYSIA MODEN 12. Sultan Abu Bakar (Johor)
POLITIK MALAYA/MALAYSIA MODEN 13 Tunku Abdul Rahman 14. Tun Abdul Razak 15. Tun Mahathir Mohammed (Hafeziftiqar, 14.09.07) 16. Datuk Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi 17. Datuk Sri Anwar Ibrahim 18. Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat (Anbakri) 19. Tun Dr. Ismail Abd Rahman 20. Datuk Fadhil Noor
SENI, BUDAYA, DAN KESUSASTERAAN 21. Datuk A. Samad Said (Azmi Rahman, 11.9.07) 22. Usman Awang (Muhd Hazami) 23. Mawi 24. Tan Sri P. Ramlee (Azmi Rahman, 11.9.07) 25. Datuk Siti Nurhaliza 26. Hamzah Dolmat 27. Maria Minado 28. Kasma Booty 29. Abdullah Munsyi 30. Sudirman Haji Arshad (Wan Zakaria Wan Busu, 14.9.07)
SASTERA SIBER 31. Anbakri 31. Nimoiz T.Y
BAHASA 33. Tan Sri Syed Nasser Syed Ismail 34. Datuk Asmah Haji Omar 35. Datuk Nik Safiah Karim 36. Tun Sri Lanang (Herny) 37. Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) (Azmi Rahman, 11.9.07) 38. Teuku Iskandar (Kamus Dewan) 39. Abdullah Munsyi
SAINS DAN TEKNOLOGI 40. Datuk Tengku Mohd Azzman Sharifadeen (MIMOS) 41. Prof. Dr. Abdul Latiff (UPM)
PENDIDIKAN 42. Tan Sri Ainuddin Abd Wahid 43. Ungku Abdul Aziz 44. Zainal Abidin Abd Wahid 45. Aminuddin Baki (Rimanilzah, 6.9.07)
SUKAN 46. Misbun Sidek 47. Mokhtar Dahari (Wan Zakaria Wan Busu, 14.9.07) 48. Malik Noor
PENGURUSAN 49. Datuk Ahmad Nordin 50. Tan Sri Datuk Dr. Hadenan
(B) TOKOH-TOKOH LAIN
51. Tun Abd. Rahman Yaacob 52. Tun Datu Mustapha Datu Harun 53. Tun Ghaffar Baba 54. Tun Perak 55. Dato Seri Hj Taib Mahmud 56. Syed Syeikh al-Hadi (Kalamutiara, 6.9.07) 57. Tan Sri Khir Johari 58. Tan Sri Musa Hitam 59. Sheikh Abdullah Fahim 60. Abdul Rahim Kajai 61. Sultan Azlan Muhibuddin Shah 62. Mohd. Yusof Ishak 63. Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.) Aishah Ghani 64. Tan Sri Razali Ismail 65. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary 66. Tan Sri Dr. Zetty Akhtar Aziz 67. Tan Sri Basir Ismail 68. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid 69. Dato Hj. Mohd. Sidek Abdullah Kamar 70. Tun Mohamed Suffian Hashim 71. Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman 72. Tan Sri Mohd Hassan Marican 73. Dato Dr. Ismail Mohd Salleh 74. Tan Sri Dr. Noordin Sopiee 75. Tan Sri Azman Hashim 76. Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim 77. Prof. Dr. Awang Had Salleh 78. Dato Mohd. Nor Khalid (Lat) 79. Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin 80. Dato Ahmad Nawab 81. Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abd. Kadir 82. Ahmad Boestaman (Jebatsari, 9.9.07)
(C) TOKOH-TOKOH LAIN PILIHAN/CADANGAN PESERTA SENDIRI
83. Tun Salleh Abbas (Kalamutiara, 6.9.07) 84. Said Zahari (Kalamutiara, 6.9.07) 85. Pak Sako 86. Dato Onn Jaafar 87. Prof. Ahmad Ibrahim 88. Dr. Burhanuddin Helmi 99. Ku Li (Wan Zakaria Wan Busu, 14.9.07) 90. Shahnon Ahmad (Salman Sulaiman, 6.9.07) 91. Irwan Abu Bakar (As Syramy, 6.9.07) 92. Affrini Adham (Brirasa) 93. Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab (Curasimanjakini)
Notis dikeluarkan oleh:
Esastera Enterprise (No. 001470857-K) 96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail 60000 Kuala Lumpur. Tel: 019-2680086 |