|
satu lagi projek esastera.com
MENANGI RM1550.00
1.0 PENGENALAN
"Sayembara 50 Melayu Terbilang" yang dianjurkan terdahulu (Tarikh tutup 31 Oktober 2007) sebagai salah satu komponen "Sayembara 50 Tahun Kemerdekaan" telah mendapat sambutan yang agak baik. 10 penyertaan telah diterima. Keputusan telah diumumkan dan hadiah telah disampaikan kepada pemenang yang layak dalam majlis Hescom 2007 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 13.12.2007. 10 Karya yang tersebut telah diterbitkan dalam buku Seiring Tak Sejalan (Esastera Enterprise, 2007).
Memandangkan bilangan penyertaan tidak mencukupi 50 orang Melayu terbilang, maka dengan ini, kami lancarkan "Sayembara 50 Melayu Terbilang (ii)" yang butir-butirnya disenaraikan di bawah.
2.0 SYARAT PERTANDINGAN
2.1 Di bawah ini kami senaraikan 50 orang tokoh Melayu sepanjang zaman. Anda diminta memilih SATU daripada tokoh dalam senarai itu, dan sediakan sebuah tulisan tentangnya. Anda juga dibenarkan memilih tokoh-tokoh lain yang tersenarai atau tokoh yang tidak tersenarai di sini, asalkan sesuai. Walau bagaimanapun, anda TIDAK dibenarkan menulis tentang 10 orang Melayu yang telahpun ditangani untuk sayembara sebelum ini, iaitu (a) Tok Janggut, (b) Mokhtar Dahari, (c) Salleh Abbas, (d) Sheikh Abdullah Fahim, (e) Syed Sheikh Al-Hadi, (f) Za'ba, (g) Usman Awang, (h) Mahathir Mohamad, (i) Siti Nurhaliza, dan (j) Irwan Abu Bakar.
2.2 Tulisan anda hendaklah mengandungi tiga bahagian berdasarkan format yang berikut:
(a) Biodata tokoh. (b) Sumbangan istimewa tokoh itu terhadap kemajuan bangsa Melayu.* (c) Alasan/kriteria dalam memilih tokoh itu sebagai seorang Melayu terbilang.
2.3 Tulisan hendaklah di sekitar 1,000 patah perkataan.
2.4 Peserta tidak dibenarkan untuk memilih tokoh yang sudah ditangani terlebih dahulu oleh peserta lain. Untuk kepastian, sila "tempah" mana-mana tokoh yang anda kehendaki dengan syarat tempahan itu hanya sah untuk 10 hari sahaja. Selepas tempoh tersebut, tokoh itu boleh "dilepaskan" kepada peserta lain (jika penyertaan tidak kami terima). Tempahan boleh dibuat dengan menghantar emel kepada sayembara50@gmail.com.
2.5 Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki tetapi setiap penyertaan hendaklah tentang tokoh yang berlainan.
3.0 PEMILIHAN PEMENANG
3.1 Pemenang akan ditentukan berasaskan (a) ketepatan/kerincian fakta, (b) penulisan yang menarik, dan (c) argumen yang kukuh.
4.0 HADIAH 4.1 Pemenang-pemenang akan menrima hadiah yang berikut: Pertama: RM1000 Ke-2: RM300 Ke-3: RM200 Ke-4: RM50 4.2 Hanya mereka yang hadir di majlis Hescom 2008 layak menerima hadiah yang dimenanginya.
5.0 HAK CIPTA
Hak cipta tulisan adalah milik peserta. Walau bagaimanapun, penganjur sayembara ini (Esastera Enterprise) berhak menerbitkan tulisan itu dalam sebuah buku berjudul 50 Melayu Terbilang (dengan apa-apa olahan yang perlu) atau dalam sebarang bentuk lain.
6.0 PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada semua warga dunia dengan syarat ditulis dalam bahasa Melayu.
E-melkan tulisan anda kepada: sayembara50@gmail.com
Tarikh akhir tulisan diterima: 31 Oktober 2008.
Sertakan juga: (a) Nama, (b) Alamat surat-menyurat, dan (c) Nombor telefon mobil.
------------------SENARAI TOKOH-------------------------------
-Tokoh hendaklah merupakan individu yang pasti kewujudannya. -Untuk karya terbilang, calonkan penulis atau penulis utamanya. -Untuk pertubuhan/institusi, calonkan pengasas atau pemimpinnya yang paling menonjol. -Untuk individu yang bekerja secara berkumpulan, calonkan yang paling menonjol antara mereka.
*KRITERIA PEMILIHAN: Memberi sumbangan menonjol (dalam bidangnya) yang telah membawa ke arah pembentukan jati diri dan kemajuan bangsa Melayu di Malaysia, sesuai dengan tuntutan zamannya.
NAMA-NAMA TOKOH:
(Nama peserta sayembara ini yang menempah seseorang tokoh dicatatkan dalam warna merah di sebelah nama tokon yang berkenaan)
(A) 50 TOKOH CADANGAN
PEMERINTAHAN PRAPENJAJAHAN 1. Parameswara (Nor Salleh bin Ngatimin) 2. Hang Tuah (jika diyakini wujud) 3. Hang Jebat (jika diyakini wujud)
PERJUANGAN MENENTANG PENJAJAH 4. Tok Kenali 5. Mat Kilau 6. Sultan Mahmud (Melaka) (Nor Salleh bin Ngatimin) 7. Datuk Maharajalela 9. Datuk Bahaman
PENENTANG PENGGANAS KOMUNIS 10. Leftenan Adnan Saidi
KESULTANAN MALAYA/MALAYSIA MODEN 11. Sultan Abu Bakar (Johor) (Nor Salleh bin Ngatimin) 12. Sultan Azlan Muhibuddin Shah
POLITIK MALAYA/MALAYSIA MODEN 13 Tunku Abdul Rahman (Azmi Rahman, 9.06.2008) 14. Tun Abdul Razak (Nor Salleh bin Ngatimin) 16. Abdullah Haji Ahmad Badawi (Awang Ku Mohammed Khairy B Pg Mohd Ali) 17. Anwar Ibrahim 18. Nik Abd Aziz Nik Mat 19. Dr. Ismail Abd Rahman 20. Fadhil Noor
SENI, BUDAYA, DAN KESUSASTERAAN 21. A. Samad Said (Md Saleh b Mahyat (Musalmah Mesra)) 22. Shahnon Ahmad (Md Saleh b Mahyat (Musalmah Mesra)) 23. Mawi 24. P. Ramlee (Nazreen Muhamad) 25. Abdul Rahim Kajai (Rose Nora) 26. Hamzah Dolmat 27. Maria Minado 28. Kasma Booty 29. Abdullah Munsyi (Azmi Rahman, 9.06.2008) 30. Sudirman Haji Arshad
SASTERA SIBER 31. Anbakri 32. Nimoiz T.Y
BAHASA 33. Syed Nasser Syed Ismail 34. Asmah Haji Omar (Rose Nora) 35. Nik Safiah Karim (Rose Nora) 36. Tun Sri Lanang 37. Teuku Iskandar (Kamus Dewan) 38. Abdullah Munsyi
SAINS DAN TEKNOLOGI 39. Dr. Tengku Mohd Azzman Sharifadeen (MIMOS) 40. Dr. Abdul Latiff (UPM) 41. Dr. Mazlan Othman
PENDIDIKAN 42. Ainuddin Abd Wahid 43. Ungku Abdul Aziz 44. Zainal Abidin Abd Wahid 45. Aminuddin Baki 46. Dr. Burhanuddin Helmi
SUKAN 47. Misbun Sidek 48. Malik Noor
PENGURUSAN 49. Ahmad Nordin 50. Dr. Hadenan
(B) TOKOH-TOKOH LAIN
51. Abd. Rahman Yaacob 52. Datu Mustapha Datu Harun 53. Ghaffar Baba 54. Tun Perak (Nor Salleh bin Ngatimin) 55. Hj Taib Mahmud 56. Khir Johari 57. Affrini Adham 58. Musa Hitam 59. S. Othman Kelantan (Md Saleh b Mahyat (Musalmah Mesra)) 60. Tengku Razaleigh hamzah 61. Onn Jaafar (Nor Salleh bin Ngatimin) 62. Mohd. Yusof Ishak 63. Aishah Ghani 64. Razali Ismail 65. Syed Mokhtar al-Bukhary (Nordarus) 66. Zetty Akhtar Aziz 67. Basir Ismail 68. Ahmad Sarji Abdul Hamid 69. Hj. Mohd. Sidek Abdullah Kamar 70. Mohamed Suffian Hashim 71. Pak Sako (Ishak Hj. Mohammad) 72. Mohd Hassan Marican 73. Ismail Mohd Salleh 74. Noordin Sopiee 75. Azman Hashim 76. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim 77. Awang Had Salleh 78. Mohd. Nor Khalid (Lat) 79. S.M. Nasimuddin S.M. Amin 80. Ahmad Nawab 81. Sharifah Mazlina Syed Abd. Kadir 82. Ahmad Boestamam 83. Said Zahari (Kalamutiara)
(C) TOKOH-TOKOH PILIHAN/CADANGAN PESERTA SENDIRI
84. Dato Dr. Profesor Wan Rafaei Abdul Rahman (Siti Zuraima Bujang) 85. A. Samad Ismail (Kalamutiara) 86.
Notis dikeluarkan pada 8 Jun 2008 oleh:
Esastera Enterprise (No. 001470857-K) 96 Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail 60000 Kuala Lumpur. Tel: 019-2680086 |