|
10 Perkara Jangan Buat di eSastera.com Oleh Nimoiz T.Y Seringkali, kita diajak untuk membuat senarai yang perlu dibuat supaya pengurusan diri lebih efisien. Maksudnya begini, sebelum datangnya hari esok, hari ini kita sudah senaraikan beberapa perkara yang perlu dibuat esok. Tujuan utama, supaya tidak ada perkara yang tertinggal.
Dalam senarai itulah kita tulis apa yang perlu dibuat, tugasan yang perlu dihantar, mesyuarat yang perlu dihadiri, temujanji yang perlu kita datang dan lain-lain.
Maka berjela-jelalah senarai yang perlu kita buat keesokannya.
Maka berjela-jelalah pemikiran kita berpusing ligat memikirkan mana perkara yang perlu didahulukan. Mana perkara pula yang perlu dikemudiankan.
Bagus, anda bijak mengurus diri sendiri. Tapi tunggu!
Sebenarnya, dan sememangnya, anda masih belum bijak sepenuhnya. Orang yang bijak mengurus diri sendiri adalah orang yang tidak lupa untuk menyenaraikan senarai jangan buat (stop doing list) yang tidak boleh dilakukan. Berikut disenaraikan 10 perkara jangan buat di eSastera untuk panduan bersama.
|
|
| 1. |
Menyamar / Menggunakan Dua Nama / Menyalahgunakan Nama Orang Lain.
Iya, perkara ini melanggar nilai dan norma seorang penulis siber yang
benar-benar serius. Difahamkan, ada warga eSastera yang menggunakan nama
lain untuk memuji karya sendiri. Barangkali tidak ada yang sudi memberi
komentar, lalu baik dia menggunakan nama lain dan memuji karya sendiri.
Bagaimana kalau dia menggunakan nama tersebut untuk mengutuk orang lain?
Hah, lagi parah dibuatnya! |
| 2. |
Penyalahgunaan Papan Nota.
Uniknya eSastera kerana mempunyai papan nota sendiri, bukannya diambil
dan ditampal daripada laman web lain. Papan nota ini menjadikan
perbincangan hidup, seolah-olah masing-masing sedang berinteraksi antara
satu sama lain. Untuk itu, jangan sesekali menyalahgunakan papan nota.
Penyalahgunaan yang macam mana tidak dibenarkan? Sendiri mau fikir
maaa... |
| 3. |
Menyiarkan Karya yang Keterlaluan.
Tidak kisahlah apa-apa tulisan atau karya sekali pun. Kawal perasaan
marah anda. Kawal karya erotik anda. Kawal karya amukan anda. Jangan
sampai anda dipanggil polis untuk membuat keterangan. Ingat, ramai
penulis blog ditahan polis kerana pelbagai isu. Yang susah, anda juga. |
| 4. |
Kritikan Membunuh yang Keterlaluan.
Kritikan boleh membantu meningkatkan mutu penulisan seseorang. Namun
dalam masa yang sama, kritikan juga mampu membunuh mereka yang lemah
antibodi. Maksudnya di sini, penulis yang tidak mampu mengawal jiwa
sentimental masing-masing. Lalu mengambil tekad berhenti menulis. Atau
mengambil jalan singkat meninggalkan eSastera. Sebenarnya, telah ramai
ahli eSastera merajuk kerana menerima kritikan keras. Anda pula sebagai
penulis, kalau ditegur ambilah sisi positif. Jangan cepat melatah. |
| 5. |
Memandang Rendah Ahli Lain.
Rambut sama putih, sama-sama makan nasi, sama-sama ahli eSastera, jangan
pula anda berasa ego dengan kebolehan diri. INGAT, masing-masing
mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing. Masing-masing ada
kelemahan. Jangan memandang rendah kepada ahli lain. |
| 6. |
Memandang Rendah Esastera.
Menganggap eSastera sebagai tempat sepahan karya, tempat main-main,
tempat bukannya boleh cari makan adalah kenyataan-kenyataan yang boleh
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli lain. Ingat,
eSastera merupakan satu-satunya portal / laman web yang aktif
mengembangkan kesusasteraan Melayu. Berkaryalah seadanya. |
| 7. |
Kronisme oh Kronisme.
Ini bukan kroni politik. Ini adalah kronisme di kalangan sesama ahli. Di
mana-mana tempat sekalipun, akan wujud klik-klik tertentu. Misalnya, ada
ahli yang akan memberi komentar di kalangan sesama mereka sahaja. Begitu
juga dalam tulisan, mereka akan menyebut nama-nama tertentu, iaitu nama
kroni masing-masing sahaja. Bagi mereka yang masih baharu dan masih
berseorangan, mereka akan berasa terpinggir. Lalu mengambil jalan
meninggalkan eSastera. Bayangkan betapa eSastera dan sastera kita
kehilangan sebutir mutiara yang sangat bernilai. |
| 8. |
Senyap, Senyap, dan Senyap.
Memang si dia menulis sajak. Dan si dia menyiarkan karya di mana-mana
komuniti. Di “Penyair” misalnya. Namun, sifat di dia yang lebih suka
membisu menjadikan dia tidak dipedulikan oleh sesiapa sahaja.
Berinteraksilah. Jangan hanya diam membisu. Cubalah bergaul-gaul dengan
semua orang. Orang eSastera semua baik tau! |
| 9. |
Ambil Hati dan Merajuk.
Ada yang datang. Ada yang pergi. Ada yang pergi. Ada yang datang.
Begitulah rutin eSastera. Mungkin ada sebab khusus dan tersendiri. Namun
jika ada yang pergi atas sebab berkecil hati atau merajuk, itu tidak “gentleman”
namanya. Tolonglah! |
| 10. |
Berlagak Pandai.
Ini sifat yang kurang digemari orang lain. Sebenarnya tunjuk pandai tak
salah. Yang salah ialah berlagak pandai. Rambut sama hitam tapi hati
tidak sama. Mungkin ada orang tidak suka dengan anda. Mana tahu! Siapa
tak marah kalau jalan pun berlagak? Hati-hati! |
| (Dipetik dari komuniti Bimbingan, eSastera.com. Nukilan oleh sdr Nimoiz T.Y) | |